Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Disember 2010

Biarkan surau di rawang itu termusnah.

Jika ada pembaca yang malas tonton berita maka sila ke sini. Jika ada pembaca yang malas mengambil tahu perihal isu semasa juga sila ke sini terlebih dahulu. Bukan apa kalau tak faham isi cerita nanti meroyan 18 pula. Sebab tue lah saya nasihatkan sila baca link yang telah diberikan untuk memahami susur galur kejadian sebenarnya.

Ini berkenaan isu surau di rawang. Seperti yang kita sedia maklum, surau tersebut telah diberikan notis untuk dibinasakan. Ya. Surau tersebut bakal di nyahkan dari rawang untuk selama-lamanya. Ramai dari penduduk rawang yang beragama islam protes. Mereka kata tanah tersebut ialah tanah rizab. Mana aci main jual aje. Lagipun di atas tanah tersebut ada surau. Dan surau tersebut digunakan untuk beribadat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat. Sabar dulu. Jangan meroyan 18 sepertimana penduduk rawang meroyan. 

Mari kita review dulu kisah sebenarnya. 
1. Surau tersebut di dirikan atas tanah rizab. Namun ada juga yang cakap ada tanah wakaf. Yang mana betul saya tak pasti. Pembaca boleh semak sendiri.

2. Tak kesahlah rizab atau wakaf,  yang penting motif. Kalau dah digazetkan untuk membina surau 10 tahun yang lepas, kenapa selepas 10 tahun (anggaran 10 tahun itu hanya andaian penulis) tidak boleh dikekalkan begitu? Jika benar itu tanah rizab. Tapi jika tanah wakaf, enh boleh ke jual? Lue fikir sendiri.

3. Tujuan penjualan kena amek peduli juga. Sekarang surau tersebut di jual ketika BN menguasai selangor. Dalang penjualan surau tersebut ini salah seorang nya, tengok gambar di bawah ;




Okey dah tengok? Nama hero dalam citer neh ialah Datuk Zainal Abidin Sarkom. Datuk ini ialah pengerusi biro agama umno selangor. Pelik. Saya memang pelik. Kenapa ahad lepas dia beria-ria bantah perobohan surau ini jika dia salah seorang yang 'membiarkan' tanah tersebut berkalih pemilik? Herm. Drama semakin menarik. Lebih menarik dari drama korea. 

4. Tanah tersebut di jual pada tahun 2002. Baca betul-betul. 2002. Ini tahun 2010. Baca betul-betul 2010. 2010 - 2002 = 8 tahun yang lepas. PR memerintah selangor pada tahun 2008. Iaitu 2 tahun yang lepas. Ini bermaksud ada baki 6 tahun. So selama 6 tahun apa yang BN buat? Mereka dah buat macam2 sebenarnya. Mereka jual tanah, mereka rampas surau dan sepatutnya surau ini dirobohkan pada 2008, nasib tak baik apabila bn kalah. Kesian bn. Disebabkan mereka kalah lah, surau ini tak dapat dirobohkan pada tahun tersebut. Ciss..

5. Untuk rekod tanah tersebut dikatakan dimiliki oleh KDEB melalui SAP Holdings. KDEB telah mengazetkan tanah tersebut sebagai harta rizab / wakaf kepada penduduk di sekitar untuk membina surau. [Saya tidak pasti samada mereka mengazetkan tanah tersebut sebagai rizab orang melayu untuk beribadat ataupun mewakafkan tanah tersebut kepada penduduk untuk beribadat]

6. Namun pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka kepada beberapa penama di bawah ini ;

Chew Ting Teck
Francis Chew
Tan Pang Kuan

Untuk senarai penuh lihat sini.

7. KDEB = Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

8. KDEB = Anak syarikat kerajaan negeri selangor.

9. Setelah KDEB menjual saham di SAP Holdings mereka kepada penama-penama tersebut, maka tanah tersebut secara automatiknya jatuh kepada pemilik terbaru.

10. Kalau ikut akal cerdik saya, akal cerdik neh, sepatutnya saya pindah milik tanah tersebut kepada milik KDEB dulu barulah pergi jual saham kat dalam SAP Holdings tue. Heh. Ini akal cerdik saya lah kan. Kalau akal yang tak cerdik dan kurang makan kismis minda memang main jual je segala harta benda melayu neh. Heh.

11. So benda dah jual. Dah jual neh. Boleh ke kita rampas semula dan paksa orang lain jual kepada kita semula? Of courselah tak boleh beb. So kenapa nak mengamuk2 pula? Fikir matang sketlah. Sendiri buat pasal memang pandai. Sendiri kasi selesai memang tak pandai. Heh.

12. Sekarang kita dah tahu punca kes, kejadian sebenar dan penyebab kisah ini terjadi. Tapi apa yang kita boleh buat? Nak marah umno? Nak tumbuk zainal? Sabar dulu. Sabar dulu kawan-kawan. Kalau korang tumbuk mereka pun, mereka hanya sakit di tumbuk je. Yang lain takde kesan beb. Silap-silap korang kena saman lak sebab tumbuk hero dalam citer neh. Bangang ke tak bangang tue? Heh

13. Pemilik tanah tersebut berhak mendirikan pembangunan atas tanah tersebut sebab tanah tersebut adalah hak mereka. Penduduk rawang jika diselidiki secara undang-undang mereka penceroboh dan tak berhak untuk menghalang tindakan pemaju. Ini fakta. Kena amek peduli.
Even kerajaan selangor berdemo ke, umno mengamuk ke, perkasa meroyan ke, fakta tetap fakta dan fakta tidak boleh disangkal lagi.

14. Perkara yang terbaik boleh dilakukan kerajaan negeri selangor ialah mendirikan surau baru untuk penduduk sekitar. Tak tahu kat mana tetapi itulah alternatif terbaik yang mereka ada. 

15. Beli tanah semula? Ya itu alternatif yang baik juga. Tetapi berapa jumlah yang mampu di 'bailout' oleh kerajaan negeri, kita kena amek peduli gak? Silap2 pemaju letak rega 100 juta mampu ke kerajaan negeri keluarkan duit sebanyak itu? 100 juta boleh bantu beberapa rakyat di selangor?

16. Nak taknak, penduduk rawang kena terima fakta. Kena terima kenyataan. Kena telan hakikat.


17. Kalau nak tunding jari, tunding je jari kat dalam hero citer neh. Selalu kat dalam filem atau drama mereka [peminat] memang suka tunding jari [tunjuk] kat hero. So dalam drama neh korang boleh buat macam tue gak.

18. Namun kerajaan negeri sekarang kena settlekan problem tersebut sebab apa, surau tersebut dah dapat notis finale untuk kosongkan surau yang akan dirobohkan dalam beberapa hari sahaja lagi.

19. Untuk penduduk rawang pula mereka kena belajar untuk terima yang mereka kalah dalam tuntutan mereka. Kalau tak puas ahti, marah kepada pihak yang berkenaan. Mereka tahu kepada siapa mereka marah sebenarnya, apa yang dipaparkan dalam akhbar tidak sama apa yang mereka proteskan. Mereka lebih benci UMNO dari apa yang kita sangka. Ini dasat beb.

20. Adun di sana patut amek peduli kisah ini. Saya lihat adun tersebut tidak berbuat apa2 tindakan. Samada adun tersebut bangkit menyatakan apa2 perkara yang perlu atau dia akan berdepan dengan peralihan undi. Jangan ingat dia DAP dan jangan ingat dia cina maka masalah seperti ini dia boleh tutup mata.

Sekian. The end.

Ameno : Menulis kebenaran itu perjuangan. 

UPDATED : Saya mendapat tahu bahawa kerajaan negeri selangor, wakil adun rawang telah berjaya berunding dengan pihak pemaju Mahumas Sdn Bhd untuk mengekalkan tapak asal surau terbabit pada peringkat awal. Buat masa kini surau terbabit selamat daripada sebarang bentuk perobohan.

Selasa, 21 Disember 2010

Kelantan negeri miskin gilaa...!!!

Bukan saya cakap. Jangan nak marah saya melulu. Tengok berita kat bawah neh. Baca betul-betul. Faham betul-betul. Sebab tue umno suka cakap kelantan miskin. Sebab kelantan negeri no dua yang menerima bantuan kebajikan masyarakat. Ada faham?



Dah tengok? Dah faham? Biar saya terangkan serba sedikit bagi mereka yang otak yang cekap. Maaf, bukan niat memperkecilkan minda anda. Cuma saya lebih banyak makan kismis minda sebab tue saya lebih cekap. Itu aje. 

1.Kelantan ialah penerima kedua terbanyak bantuan dari JKM. Ini membuktikan pegawai-pegawai yang berkerja di kelantan kurang mengamalkan karenah suka bantu kroni sendiri. Ya betul. Itu orang bagitau saya. Tetapi saya tak pasti entah betul entah tidak.

2. Negeri yang paling banyak menerima bantuan tidak menjadikan ia negeri termiskin. Ini yang orang bagitau saya juga. Dia kata negeri termiskin di malaysia ialah sabah, sarawak dan perak. Aik mana kelantan?


3. Faktor utama kemiskinan meningkat ialah disebabkan kenaikan harga petroleum yang menyebabkan barang-barang lain turut naik harga. Ini apa yang tercatit dalam petikan di atas. Saya yakin dia menipu. Saya ada banyak sebab kenapa saya cakap dia penipu.

4. Negeri terkaya di malaysia seperti sabah dan sarawak mempunyai rakyat termiskin yang paling ramai. Negeri yang mempunyai ramai penduduk miskin seperti sabah, sarawak dan perak begitu sukar mendapatkan bantuan dari JKM akibat karenah pegawai kerajaan. Dan negeri yang paling banyak menerima bantuan JKM tidak menjadikan ianya sebagai negeri termiskin.  Faham?

Najib ada bagitau tiada rakyat yang akan terjejas dengan kenaikan harga minyak. Selain dari itu kerajaan juga rela membelanjakan duit buat iklan suruh jimat cermat daripada salurkan wang tersebut untuk imbangi harga minyak dunia. Kan itu bukti najib cekap? Lagipun kalau saya tak cakap dia penipu takan saya nak cakap najib penipu? Sudah tentulah tidak. Najib ialah perdana menteri malaysia. Mengumpat najib kita mungkin masuk neraka. Dan saya sangat takut neraka.




 
 

Lagipun kalau pembaca-pembaca suka menonton berita seperti saya, pembaca akan tahu najib telah membuat kenyatan balas secara terbuka kepada singapura berhubung isu wikileaks bahawa "Malaysia ditadbir oleh pemimpin politik yang cekap" nampak? Ada faham? Najib cakap umno cekap. Najib cakap pemimpin bn cekap. Dan najib juga cakap najib ialah cekap.

Jangan salah faham. Kita kena faham. Di dunia ini memang sukar nak cari orang yang boleh puji diri kita. Oleh itu kalau masuk bakul angkat sendiri tak salah. Lagipun zaman serba canggih. Ini bukan zaman bakul2. Ini zaman lif2. Heh

Ameno : Pegawai kerajaan bukan semua nya jujur.

Isnin, 20 Disember 2010

Rayuan iklan: tolong add twitter pemimpin malaysia!

Neh aku nak tegur sikit sikap segilintir rakyat malaysia yang memang tak reti nak respect pemimpin di malaysia. Sikap korang neh sebenarnya memang wajar ditegur sebab terlampau-lampau. Tengok printscreen kat bawah neh ;

Tengok gambar kat atas. Tengok betul-betul. Di sebabkan sikap lewa korang yang main internet 24 jam tengok naruto dan main farmville korang kena tegur dalam utusan. Dah alang-alang ada internet, ada twitter. Add lah menteri-menteri korang tue. Kesian mereka. Tah berapa lah kos nya mengiklan di utusan untuk promote diri sendiri tue. Tak baik youuu. I nyampah taw..!!




Ameno : Kah kah kah.. rayuan iklan soh add twitter.. kah kah kah lawak siiiottt!

Tahniah! Malaysia atasi kemiskinan tegar.


Berikut ialah kenyataan Timbalan perdana menteri malaysia iaitu Muyiddin yasin berkenaan isu kemiskinan tegar di malaysia. Sila lihat petikan tersebut dengan teliti.


1. Negara kita dah memenuhi sasaran membasmi kemiskinan tegar. Apa sasaran negara kita sebenarnya? Aku pun taktahu. Tapi apa yang pasti yang disasarkan oleh pemimpin negara kita sudah tercapai. Tahniah. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan pengangkutan awam.

2. Kerajaan berbangga kerana berjaya mengurangkan kemiskinan dikalangan rakyat. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan harga barang.

3. TPM cakap pencapaian kerajaan membanteras kemiskinan tegar mencapai tahap yang membanggakan. Ya sangat bangga. Tahniah. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan harga petrol.

4. TPM juga berpesan rakyat jangan sibuk bergantung harap kepada bantuan kerajaan semata-mata. Ini tiada kena mengena dengan kroni dan sistem IPP, apatah lagi PFKZ dan kehilangan enjin jet.

5. TPM juga menasihati yang miskin tak boleh berbangga kerana mereka miskin. [eh ada enh miskin yg merasa seronok kerana mereka miskin?]. Golongan tersebut juga perlu menggunakan pendidikan sebagai jalan keluar dari kelompok kemiskinan. Dan pendidikan ini disediakan oleh kerajaan. Kerajaan petik duit dari langit bayar gaji guru guna pasir bukan hasil cukai wang rakyat. Ini juga tiada kena mengena dengan kenaikan yuran sekolah dan tambang bas sekolah.

6. TPM juga berkata golongan miskin tegar yang seronok sangat jadi miskin sebab ada bantuan dari kerajaan berhentilah berfikir demikian. Ini tidak baik. Ini tiada kena mengena dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dengan gaji yang masih di takuk lama.


Sebab itulah saya minta anda nilai perkara di bawah ini. Saya percaya dan saya yakin sekali. Mereka semua memilih dan berbangga untuk jadi miskin sebab ada kerajaan yang sure confirm akan bantu mereka untuk seumur hidup. Eh ye ke?


Adakah sabah sengaja menjadi negeri termiskin di malaysia kerana dengan sengaja mahu mendapatkan bantuan dari kerajaan? Jika begitu kita semua kena sengaja lah jadi miskin selain berbangga kita juga senang dapat bantuan. Baca betul2 SENANG dapat bantuan. heh

Ameno : Ingatkan orang kaya je rasa bangga jadi kaya, rupanya jadi miskin pun ada yg bangga. heh

Jumaat, 17 Disember 2010

Lagi kantoi! Nik Aziz beri rasuah pula!

Ini berita yang saya baru terima. Tuan guru nik aziz telah merasuah parti pas. Ini memang melampau. Memang geram betul sebab baru-baru neh SPRM siap lepaskan tuan guru nik aziz dan menantu beliau daripada tuduhan fitnah rasuah. Pada saya fitnah rasuah haruslah diteruskan tanpa kompromi dan campurtangan pihak tertentu dalam SPRM. Jika tuan guru nik aziz dilepaskan daripada tuduhan fitnah rasuah, maka imej tuan guru nik aziz akan terlihat bersih. Ini yang kita tidak mahu sebenarnya. Ini yang kita geram dengan sprm sebenarnya. Sepatutnya mereka berada di side kita untuk menjahanamkan parti islam. Cis.

Lihat bukti printscreen di bawah ini ;

Saya percaya ini bukan derma. Kalau pun ini derma kita kena fikir strategi baru untuk divert kepada rasuah. Kita mesti berbuat demikian. Sebagai pembodek dan pengampu tegar umno kita mesti berbuat demikian. Fitnah adalah darah daging kita.Meneruskan kerjaya fitnah memang adalah sangat dimestikan.  Sekarang neh saya akan havockan posting ini dengan fitnah. Saya akan cuba memanipulasikan rakyat marhaen bahawa tuan guru nik aziz sebenarnya memberi rasuah bukan derma. Sama ketika kempen PRK di galas. Bijak fitnah, saham kita naik. 

Oleh itu saya telah menyiapkan beberapa plan fitnah. Pertama sekali perkasa kelantan mesti report polis. Cakap tuan guru nik aziz merasuah parti pas. Kedua, umno kelantan pun kena report polis. Juga atas alasan yang sama. Ketiga mesti muncul di tv. Mesti masuk buletin utama. Jangan berita yang lain. Takde kick. Awani pula lebih suka bebas. Kerjasama antara umno-awani dilihat tidak menjadi. Persetankan awani. Kita sokong tv3 suku sudah.  Lagipun tv3 milik umno yang pro umno. So itu bukan masalah besar. Selepas itu masuk dalam utusan.Minda rakyat harus di jajah. Ingat, selagi rakyat malaysia melayu-muslim bodoh dan sering mencaci maki tuan guru nik aziz selagi itulah kita akan rakus menjahanamkan negara neh. Mesti sokong umno jika mahu melayu terus jahanam. 

Tengok lagi printscreen bawah neh ;



Baca betul-betul apa yang terkandung dalam artikel di atas. Petikan ini dipetik dari utusan. Bukan dari harakah. Tetapi dari utusan. Lihat sini
Nisbah pemilikan tanah malaysia : non-malaysia ialah 70 : 30.

Daripada 70 itu pula berapa ramai melayu yg memiliki? Lebih tepat berapa ramai islam yang memilikinya? Kira balik betul2 berapa rizab melayu. Terima kasih kepada umno. Jasa mu tetap ku kenang sampai mati.

Baca betul2. Tiada had pelaburan oleh warga asing untuk memiliki tanah di malaysia. Tiada had. Apa? Tiada had. Ya, tiada had. 30 percent dari bumi malaysia dimiliki oleh warga asing. Apa? 30%? Lagi 20% maka malaysia kini dimiliki oleh warga asing tak lama lagi. Siapa yang jual negara neh? Apa? DSAI? Memang mangkok ayun punya menteri!! Berani lue jual negara neh kat warga asing. Cikabeng lue! Mari kasi ajar pengkhianat negara ini!



Ameno : 30% tanah di malaysia dimiliki oleh warga asing. adakah itu satu peratusan yang kecil guys?

Sumber : sini dan sini

Anak adun pas kantoi pakai rantai dan warna rambut!

Jangan main-main. Ini berita pecah panggung. Berita ini memang berita yang mengoncang seluruh keimanan team pas. Saya minta UMNO sebarkan berita neh diseluruh berita dan media massa yang didomininasikan oleh kerajaan. Sebab tue saya dah pesan banyak kali dekat PAS. Jangan berlagak hero. Jangan berlagak baik. Jangan ceramah berkobar-kobar tapi dalam masa yang sama, anak-isteri sendiri tah kemana-mana hala. Jangan suka kutuk umno dalam tv. Jangan suka hentam umno yang memang terbukti juara islam. Jangan suka halang umno buat kerja-kerja dakwah. Jangan roboh masjid sebab orang masjid lebih pro umno dari pro pas. Jangan suka super-impose gambar pemimpin umno. Dan jangan suka menempelak umno dalam paper-paper terbitan mereka. Lihat gambar di bawah ini.



Untuk rekod : Adun Pas ini ialah yang bertanggungjawab menaikkan harga barang dan menipu seluruh rakyat malaysia. Saya tak tipu. Boleh lihat sendiri di sini. Inilah dia adun pas yang tak tahu malu. Siap sound peniaga lagi jangan naikkan harga barang. Saya tak tipu. Boleh tengok sini. Malahan siap suruh tanam sayur sendiri. Saya tak tipu. Boleh tengok sini

Sebab tue lah saya minta media jangan bias. Jangan berat sebelah. Jangan asyik bela pembangkang je. Saya tak boleh tahan dengan media macam neh. Siyes. Boleh ke muslim pakai rantai, makeup dan mewarna rambut? 

Jangan salah faham. Kami pun takdelah baik sangat. Kami pun kena tarbiah gak. Kami pun selalu dengar ceramah gak bagi memperbaiki diri sendiri. Sebab tue lah kami tak suka cakap besar. Kutuk2 orang dalam tv tapi bila terkena batang hidung sendiri, boleh pulak buat sembunyi2. Sebab tue dah pesan banyak kali, jangan serang peribadi. Heh.


Ameno : Jangan serang peribadi pemimpin. Jangan serang peribadi mereka. Mereka pun ada keluarga.Kita pun ada keluarga. Keluarga kita tak perfect. Sebab tue jangan serang peribadi pemimpin dengan niat licik. Iman tak boleh diwarisi, oleh itu jangan suka cakap besar dan cakap berapi2 depan tv konon nya pas parti sesat. Sekian.

Sumber maklumat : Rakan fb dan blog ini

Roboh rumah rakyat, bukti kerajaan prihatin.

Kerajaan selangor buat kecoh lagi. Kepimpinan khalid Ibrahim buat hal lagi. Pakatan rakyat memang tak serik-serik lagi. Sudahlah baru-baru ini mereka dihalau dan digantung dari parlimen masih lagi cuba nak berlagak hero dan memperjuangkan keadilan demi rakyat. Agaknya mereka belum sedar lagi kot sejauh mana BN mampu bertindak untuk hapuskan mereka. Mereka tak tahu kuasa apa yang ada pada BN. Mereka tak tahu apa yang UMNO mampu buat untuk mengenakan mereka. Mereka cuba pandang rendah kepada UMNO. Takpe, saya percaya Najib ada strategi sendiri untuk menunjukkan dia lebih berkuasa. Dan Najib ada strategi sendiri untuk menundukkan kemaraan pakatan rakyat. Dan dengan taktik-taktik licik dan keji saya percaya PR akan terkubur. Padan muka. Berani cari pasal dengan UMNO. Itulah pembalasan nya. 




Saya minta korang jangan percaya kat PR bulat-bulat. Mereka memang suka sangat menyibuk. Cerita sebenarnya macam neh ;

1. Kerajaan BN nak merobohkan 80 buah rumah kat taman bakti, ampang.

2. Kerajaan BN ada niat yang tertentu untuk robohkan perumahan tersebut.

3. Niat tersebut ialah nak membangunkan kawasan tersebut.

4. Mereka bercadang nak bina lebuhraya.

5. Ada lebuhraya mestilah ada toll.

6. Ada toll mestilah ada peluang pekerjaan.

7. Tapi kerajaan PR neh manalah nak nampak semua neh.

8. Minda mereka dibutakan untuk berbakti kepada rakyat marhaen. Ceh.

9. Kerajaan PR telah campurtangan atas kes ini dengan menghalang cadangan tersebut.

10. Cadangan ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri selangor dibawah pimpinan khir toyo terdahulu. Yakni di bawah BN.

11. Namun sejak khalid masuk campur, dia telah membuat beberapa plan dan mesyuarat dengan syarikat yang akan bina lebuhraya.

12.Antara plan tersebut ialah memastikan tiada rumah yang akan dirobohkan.

13. Selain itu khalid telah menukar arah laluan lebuhraya yang sepatutnya. Jika ikut pelan asal, sebanyak 80 rumah rakyat wajib di nyahkan.

14. Namun atas campurtangan kejahatan khalid, 80 rumah rakyat ini dia pertahankan.

15. Namun khalid mungkin syok sendiri, sebab menteri kerja raya akan melawat kawasan taman bakti. Dan jika menteri tidak bersetuju dengan cadangan khalid, ini bermakna 80 rumah rakyat tetap akan dimusnahkan sepertimana yang pernah dipersetujui oleh khir toyo.

Itulah cerita sebenarnya. PR memang suka menyibuk tak tentu hala.Naik geram dibuatnya. Saya harap menteri jangan ikut terpengaruh dengan mereka. Robohkan aje rumah rakyat tue. Buat apa rumah tepi lebuhraya. Nanti mereka claim takmo bayar toll pula bila ulangalik kerja. Lagi payah nak handdle masa depan. Untuk elak kesulitan saya cadang hapuskan semua mulut2 yg berbunyi. Jangan takut. Iblis sentiasa bersama kita. Mudah-mudahan dirahmati Iblis dan Syaitan. Mari kita sama2 doakan. Iblisssss... (ganti amin)


Ameno : WOW, kampung baru, taman bakti kedua2 nya dalam bahaya!

Khamis, 16 Disember 2010

Facebooker's hina islam demi negara?

Sila baca petikan printscreen di bawah, lihat betul-betul apa yang dia perkatakan ini.



Sabar dulu. Jangan cepat tangkap mereka orang umno. Ini yang saya geram neh. Memanglah saya pengampu umno. Tetapi saya pengampu yang rasional. Bukan pengampu yang main serbu aje. Heh.

Saya pada mula nya ingatkan si penulis komen adalah satu spesis dengan saya, iaitu spesis pengampu umno yang bodoh dan tegar. Tetapi setelah berfikir dan meneliti komen dia, saya dapati ada keraguan dalam cara dia menyampaikan 'mesej'. Lebih-lebih lagi cara dia memaki malaysia dan melihat singapura. Heh. 

Dia neh saya percaya orang indonesia. Sabar dulu orang indonesia. Jangan marah saya melulu. Kalau nak marah, marahlah nick di atas. Sebab apa? Sebab mereka memprovokasi rakyat malaysia. Tindakan dia ini sebenarnya dia lakukan dengan sengaja. Dia tahu UMNO vs PAS di malaysia. Dia mengambil kesempatan itu. Dan apa yang kelakar, dia tersilap percaturan. Dia siap maki islam lagi. Dalam banyak-banyak rakyat indonesia yang saya kenal, selalu nya yang beragama islam agak rasional dan tidak suka memaki rakyat malaysia. Ini berbeza bagi mereka yang bukan beragama islam. Rakyat indonesia yang beragama islam mereka sangat baik dan ramah.Malahan mereka sangat suka berkongsi ilmu dengan saya. Hingga kadang2 dicemburui oleh rakyat indonesia sendiri. 

Saya juga dapati ada beberapa group anti negeri-negeri lain di malaysia. Ini kami percaya (rakan2 dari malaysia) bahawa group2 tersebut kemungkinan di tubuhkan oleh orang indonesia bagi membuatkan rakyat malaysia saling bertelagah di facebook.

Usah kata anti-negeri lain, malahan kemungkinan besar anti kaum juga mungkin di tubuhkan oleh mereka. Mereka ini sangat licik. Mereka banyak kali mengatakan kepada saya, mereka akan guna pelbagai cara untuk menyerang malaysia. Dan ini salah satu cara nya. Sebodoh-bodoh orang umno, mereka pun tak akan maki malaysia membuta tuli seperti di atas. Heh.

Indonesia, janganlah benci kami. Kami tak benci kamu. Percaya cakap saya. Daripada kamu benci kami, ada baiknya kamu luangkan masa kamu untuk ubah negara kamu dengan memilih pemimpin yang berkaliber. Dengan melihat kami sebagai musuh ianya sebenarnya mensia-siakan masa emas kamu. Heh.

Ameno : Provokasi ini saya dah faham.

Sumber dari sini

Selamat tinggal melayu kampung baru.

Kini melayu kampung baru boleh merasa lega. Lega kerana mereka sudah tidak lagi dilindungi oleh UMNO. Umno yang menerajui kerajaan akan tolong penduduk melayu di kampung baru membubarkan dua akta penting. Dua akta penting ini sebenarnya dipertahankan selama ini demi melindungi penduduk melayu di kampung baru. Namun dengan penghapusan dua akta penting ini, saya percaya melayu di kampung melayu juga akan turut terhapus. Syabas Najib. Kerja dia semakin cekap. Dia semakin menyerupai Mahathir. Lihat bawah ini ;

PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak.
Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.
Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.
Menurut Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.
“Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang,” ujarnya.
Tambahan pula, jelasnya tafsiran “kepentingan orang Melayu” yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.
Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan “mana-mana orang” untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.
Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Saya memang suka sangat lah dengan pelan tindakan kerajaan di bawah najib. Seronok sangat tengok melayu semakin me-la-yu di bawah pimpinan najib. Namewee tidak didenda. Aset melayu berpindah milik kepada bangsa lain. Penganut islam yang semakin tertindas. Negara yang semakin dipenuhi dengan korupsi. Pemimpin pembangkang yang tiba-tiba dikenakan hukuman gantung parlimen. Termasuk beberapa ahli parlimen pembangkang. Pendedahan wikileaks tentang najib yang sampai sekarang tiada maklum-balas dari najib. Dan terbaru najib bangkit bilamana singapura menyerang kepimpinan najib menerusi wikileaks. Tindakan pantas najib saya puji. Disebarkan menerusi tv3 dan diperluaskan pula oleh utusan. Rujuk gambar di bawah ini ;



Baca betul-betul apa yang najib cakap. Najib cakap ;



Malaysia di pimpin oleh ahli politik yang cekap mentadbir negara.


Bukti sememangnya malaysia di pimpin oleh ahli politik yang cekap boleh rujuk di link bawah ini. Hah. Apa lagi yang pembangkang nak cakap? Mesti kering idea nak kutuk najib kan? Padan muka lue!


Ameno : Tengah tunggu perkasa mengamuk sakan. Ishhh.. mungkin ke? Kah kah kah

Sumber artikel ialah sini dan sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...