Kaki melawan

Jika ada apa-apa pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ads

Tuesday, December 28, 2010

1,000 strategi Indonesia untuk menang piala suzuki esok!


Aku time baca komen-komen dari orang indonesia perihal bola memang akan tergelak sendirian. Betul2 lawak mee sedap. Kelakar yang amat. Kadang2 aku ras dorang neh memang sengaja buat lawak. Mungkin nak hibur ahti yang bosan.

Cuba tgk komen2 kat atas neh sebagai bukti. Siap nak bakar bendera lah. Perghhh.. penjaga garisan pun kena kutuk wa cakap lue.. kah kah kah
FB aku, group aku, blog aku penuh ngan komen2 dorang sejak dua menjak neh.. kat shoutbox aku pun dorang terjah.. perghh.. takboleh blah, aku provoke sket.. dorang cepat melatah jenis tak tahan emosi.. ada ahti nak main provoke2 sebab tue lah aku cakap jangan men provoke kalau tak tahan kena provoke.. kah kah kah

Tapi aku rasa komen kat bawah neh yg paling lawak biol.. kah kah kah baca bebaik beb.
Ugut kemain hebat tapi cuak juga enh dengan penyokong2 Malaysia rupanya..

Siap buat filem lagi, Marcus pun kalah cam neh aku rasa. Kah kah kah.. Aku rasa dorang neh memang dah dipengaruhi watak2 dalam sinetron lah, macam citer pari2 yang ada kat dalam bawang putih dan bawang merah tue.. semua skrip yang bebal2 belaka dorang cipta.. ada ke patut belum apa2 dorang dah suspect kita akan bawa laser dan menyamar sebagai penyokong indonesia?

Sapa lar bagi script bebal cam neh kat admin dia enh. Admin dia neh penuh dengan syak wasangka yang melulu.
Yang paling tak boleh blah ada artis indonesia yang nak pakai seksi untuk alih tumpuan pemain malaysia. kah kah kah.. adoiiii lawak gileeeee.... biar betik dorang neh.. kah kah kah


Dorang neh memang beria-ria nak menangkan. Sampai sanggup usaha itu, usaha ini. Kah kah kah.. macam2 strategi yang pelik2. Macam2 konklusi yang lawak2. Lantak koranglah indonesians weh.. asalkan lue tahu, malaysia tetap cool dan rasional kalah mahupun menang.. kah kah kah


Ameno : Desperate gila nak menang punya pasal kah kah kah..

Must read!! ABIM Sokong IFF! Yesss..! Sekularisme menang akhirnya!

Apa itu ABIM? ABIM ialah Angkatan Belia Islam Malaysia. Apa kaitan ABIM dengan IFF? ABIM dan IFF ialah dua perkara memang ada kaitan secara tidak langsung. Tengok betul2 apa yang saya nak sampaikan neh.

1. ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia

2. IFF = Islamic Fashion Festive.

Baik ABIM, baik IFF kedua-dua nya ada perkataan Islam dan Islamic.

Apa itu islam? Islam ialah satu cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt. Manusia di tuntut untuk hidup mengikuti aturan islam tanpa mengira bangsa, keturunan, negara dan darjat. Dalam erti kata lain seluruh manusia di dunia ini patut menganuti islam sebagai agama, bukan agama lain.

Apa itu islamic pula? Islamic ialah ciri2 keislaman. Perempuan yang pakai tudung meskipun dia bukan orang islam, tetapi dia mengambarkan ciri2 islam, so di sini dia ialah islamic.

Disebabkan ABIM ialah islamer's yang islamic maka tidak hairan kalau ABIM sokong IFF. Saya tidak bohong. Boleh lihat gambar kebenaran kata2 saya di bawah ini.


Sudah lihat bukan? Jadi adakah saya pendusta? Saya bukan pendusta dan saya terkilan jika dituduh sebagai pendusta. Memang perkara benar ABIM sokong IFF. Apakah di balik kerasionalan ABIM sokong IFF neh? Mari saya terangkan. Mungkin korang rasa ABIM salah langkah tetapi saya rasa ABIM langkah besar. Bukan salah langkah tetapi langkah besar. Faham betul2 ya.

IFF dinaungi oleh Rosmah. Rosmah ialah suami Najib. Najib ialah perdana menteri malaysia. Dan perdana menteri malaysia berkuasa keluarkan apa2 peruntukan dan dana untuk membiayai apa2 program.

Oleh itu jika ABIM sokong IFF pun, ia bukan nya tak logik. Ini memang logik. Ada rasionalnya disitu. Di sini saya berikan anda contoh agama islamic fashion show. Pakai baju yang ada kalimah Muhammad saw juga adalah salah satu ciri islamic. Tengok sini.

Mau lagi? Klik sini

Sudah tgk? Sudah faham? Kalau pakai tudung, buka leher juga islamic. Kalau pakai skirt, tutup rambut juga adalah islamic. Islamic tak semestinya memenuhi tuntutan hukum yang termaktub dalam Alquran. Asalkan ada unsur2 islam sudah cukuplah membuktikan yang ianya islamic.

Dalam erti kata lain kalau pun ABIM nak bodek rosmah, maka biarkanlah dia. Jangan dengki tak tentu pasal macam perangai orang ini.

Orang ini dengki sebab rosmah taknak keluarkan apa2 peruntukan dia. Itulah hakikatnya. Manusia memang suka saling dengki mendengki. Auw.



Ameno : WOW.. i am shocked!

Monday, December 27, 2010

Perang Online : Malaysia VS Indonesia.

Sejak Indonesia kalah bola semalam, pelbagai serangan dilakukan kepada rakyat malaysia melalui pelbagai medium secara online, samada menerusi blog, twitter, facebook, dan website milik Indonesia. Adoiiiyaii aku nak tergelak pun ya, sebab apa rasa cam kelakar sangat tengok mentaliti kebudak-budakan Indonesia daripada rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin mereka. Seme jenis provoke lebey, isi tarak.

Untuk pengetahuan pembaca Indonesia, sebelum neh pun kami rakyat malaysia pernah kalah bola dengan Indonesia, 5-0 lagi, tapi takde pula kami melatah dan menyalahkan laser semata2. Siyes. So bolehlah bandingkan kematangan kami dengan kematangan kamu.. jauh berbeza bukan?

Dan kalau nak tahu sekarang media Indonesia dah mula mengarut macam orang BODOH, menghasut rakyat Indonesia untuk benci Malaysia. Siyes, tengok sini.



Dah tengok kan? Dah kalah tue kalah lah, neh apahal pula menyalahkan laser tak pepasal dari malam tadi bawak ke siang sampai nak lancar peranglah, ugut macam2 lah, bunuhlah, maki la, nak baling bom lah.. boleh baca sini [link dia nanti aku bagi, blog lagi satu dah kehabisan bandwith nanti nak pergi topup]



Aku bagaimanapun nak bagitau Indonesia beberapa perkara, biar dorang buka sket minda kebudak-budakan dowang tue.

1. Ketika Gunalan nak buat sepakan percuma, pemain indonesia dok tolak2 pemain malaysia. Ingat aku tak nampak ke weh? Aku nampak taw.. Marcus tue saja cuak pasal dia rasa gawang indonesia confirm bolos punya malam tue. So ada tak pemain2 malaysia menghentikan perlawanan? tarak.. pasal we all pro beb, pro. profesional. Heh.

2. Lepas tue tiba2 Marcus mengamuk pasal lazer kena mata dia. Siyes aku tak nampak time bila lazer kena mata dia tapi ketika separuh masa pertama, memang aku perasan ada cahaya lazer suluh2 kat baju Marcus. Benda benar beb, benda benar aku cakap, takmo tipu2. Tapi aku tak percaya Marcus kena lazer kat mata, aik fikir logiklah ble lazer tue dah kena mata dia mana dia nak perasan lagi? Lagipun dia dah buta ke belum? Enh tak buta enh? So kemungkinan besar Marcus berlakon je lebey, aku tgk si Marcus tue mmg wayang lebey, sama cam aksi tarik kaki Gunalan.. lebey2 plak nak tarik2 kaki, dah kalah tue kalah lah woittt.. enh ada tak rakyat malaysia yang protes tindakan tue? takde kan? Sebab rakyat malaysia bukan sahaja pro, malahan kita orang coolll... inikan cuma game aje so takyahlah nak emo lebey2 beb. Heh

3. Belum terbukti tembakan lazer tersebut ialah dari penyokong Malaysia. Belum terbukti beb. Sapa ada bukti? Ada? Takde kan, so apsal nak tuduh2, pada pemerhatian aku, lazer tue datang dari penyokong Indonesia. Dorang main2 lazer baju Marcus banyak kali ble pemain2 bola tengah sibuk sepak bola utk jaringkan gol. Pelik aku. Time pemain Malaysia nak jaring gol je mula lah lazer tue menyemak cam nak mengangu kosentrasi pemain Malaysia. Dah tue lazer tue di pancarkan ke perut Marcus, bukan muka atau tangan dia, so Marcus memang takan perasan sangat sebaliknya pemain2 lain yang akan perasan dan terjejas konsentrasi. So lazer itu digunakan untuk bantu Marcus, bukan mengenakan Marcus, dalam erti kata lain Marcus main tipu dengan lazer. Lazer tersebut membantu Marcus, dan ini tidak adil. Heh

Dan tgk sini

4. Video youtube yang membuktikan penyokong indonesia main tipu dengan lazer. Aishh tak nampak pun pemain Malaysia protes dan keluar padang? Tak nampak pun penyokong Malaysia [termasuk saya] protes online. Pasal apa? Pasal kami matang dan berfikiran bijak. Siyes. Kemungkinan besar si pemlazer malam tadi ialah orang Indonesia, bukan dari rakyat Malaysia. Kantoi dah..

Marcus mengamuk sebab taktik wayang dia dah terkantoi. PADAN MUKA!

5. Tengok plak perang facebook. Habis semua rakyat Malaysia kena serang menerusi inbox [termasuk saya] dan di kutuk2 kat semua page pro Malaysia termasuk page KBSB, Maher Zain Malaysia, Rosmah Mansur, dan DSAI.

6. Tengok sini pula, dok kutuk2 malaysian kat facebook. Adoiiiyaii.. ugutan mmg macam2, sebab tue aku risaukan keselamatan pemain dan penyokong Malaysia, venue patut ditukar, orang indonesia neh bukan boleh main2, kemungkinan besar dorang memang nak attack orang Malaysia neh, kesian rakyat Malaysia tak pepasal kena aniaya lagi..





Baca komen indonesians neh cam baca komen bebudak, silap2 bebudak pun lagi matang dari dorang. Nak ajar penyokong malaysia konon, uishh hebatnya, tapi takut pak polisi, kalau dah hebat sangat, ajar sekali pak polisi tue, pak polisi kat malaysia neh hebat, dorang terer guna gas beracun taw. kah kah kah terai lah lawan polis di malaysia kalau betul2 hebat beb..

Dah tue sampai ke artis2 dorang sekali mengutuk2 kalah angkara lazer. Apa ke bangang daaa.. kalau dah kalah tue kalah jer lah, takyah bagi alasan semak2 weh.. ketika safree sali sepak gol kali pertama ada ke lazer kacau tumpu marcus? Takde kan? Marcus terjejas sebab putus cinta ke apa ke mana korang seme tahu, adalah dia mood tak baik malam tue.. tetiba dia salahkan lazer. Senang kerja dia, daripada orang salahkan dia pasal indonesia kalah, so dia cari jalan salahkan lazer, alih tumpuan, pandai betul berlakon sebijik cam umno. Heh

7. Senang cakap, indonesia takyahlah nak ancam2 kita owang lagi, kita orang tak kesahlah pun kalah menang [memang nak menang sangat] kita orang terima dengan redha sebab ini adat pertandingan. Agak2lah nak belit cakap malaysia tak hormat lagu indonesia lah apa lah, yang suka sangat nak memerangkan Malaysia dengan Indonesia napa? Jangan termasuk dalam perangkap media Indonesia tue, dorang mmg expert bab melaga2kan Malaysia dan Indonesia.

8. Dengar citer Indonesia nak wat protes sebab kalah malam tadi, protes pasal lazer enh? Tak kesahlah nak protes ke, nak demo ke, tapi sendiri mau ingatlah, rakyat malaysia memang penyabar orang nya, tapi jangan dok pijak2 kesabaran kami lama2, kami mungkin kalah dari segi kuantiti dan kekuatan, tetapi satu perkara yang kami lebih dari kamu dari dulu sampai sekarang ialah RASIONAL. Kami RASIONAL dalam setiap keputusan kami, dan selalu nya manusia yang pandai buat keputusan RASIONAL akan menang. Heh.


Ameno : Kucing pun gelak tengok fans indonesia wat lawak lazer.. kah kah kah


Sunday, December 26, 2010

Keputusan penuh Piala Suzuki Malaysia VS Indonesia.

Ini ialah keputusan penuh Piala Suzuki final pusingan pertama.


Nama pemain Malaysia.


Nama pemain Indonesia.



Maklumat pemain melalui jadual ini hanyalah anggaran sahaja.

Malaysia menang final pusingan pertama ini dengan
3 gol manakala Indonesia 0.

Malaysia menjaringkan gol pertama pada minit ke
60. Gol di jaringkan oleh safee sali. (sepakan)

Malaysia menjaringkan gol kedua pada minit ke
67. Gol di jaringkan oleh Ashari. (sepakan)

Malaysia menjaringkan gol ketiga pada minit ke
72. Gol di jaringkan oleh safee sali. (tandukan)

Malaysia dan Indonesia tidak pernah memenangi Piala Suzuki, namun Indonesia pernah mara ke perlawanan akhir piala suzuki, sebanyak 3 kali. [Termasuk yang ini, kali ke 4]


Aku rasa kalau ada kat stadium tadi lagi best. Sebenarnya ketika di tengah perlawanan [pada minit ke 56] tadi ada sedikit kelam kabut bila ada cahaya laser hijau yang mengangu penjaga gol indonesia, iaitu marcus. Di sebabkan cahaya laser tue, Marcus ajak semua pemain indonesia keluar padang. Pada ketika itu Gunalan [pemain malaysia] sebenarnya tengah dalam mood nak serang [sepakan percuma].

Sebelum tue pun memang Marcus dah naik angin pasal cahaya laser hijau tue, aku pun perasan melalui kaca tv, jelas laser tue melaser baju marcus, tapi aku nak bagitau, tak semestinya orang Malaysia yang buat benda tue.
So, janganlah nak tuduh2 plak enh. Apa pun lainkali tak payahlah bawa laser kalau tujuan nak provoke2 pemain bola sepak. Nak support pemain buatlah cara nak support pemain. Jangan buat kerja bodoh weh.


Ada penyokong yang siap baling mercun lagi ketika perlawanan dihentikan seketika. Taktahu la sapa tapi bengang agaknya sebab perlawanan di hentikan tiba2.
Lebih kurang 5 minit selepas tue [tak silap aku] barulah permainan di sambung semula. Start dari tue, terus Malaysia dapat jaringkan gol bertubi2.

Sebenarnya ketika di awal permainan tadi aku dah tengok pemain Malaysia memang banyak menyerang. Namun selepas Malaysia mendapat 2 gol, aku tengok ada lah pemain2 malaysia yang lengai sampai bagi peluang kat arif [pemain indonesia] dan sapa tah lagi sorang [lupa nama] hampir2 menjaringkan gol.

Sebelum tue memang ada pemain Indonesia dah tembus gawang Malaysia tapi tak dikira sebab offside.
Walaupun perlawanan belum tamat lagi, tetapi penyokong Indonesia macam dah hilang semangat nak sokong pemain dorang, sebab apa, lepas je pemain Malaysia jaringkan gol yang ketiga, penyokong Indonesia mula keluar dari stadium beramai-ramai, kecewa kot. Tapi masa Marcus kecoh pasal laser aku tengok kemain joget lagi penyokong Indonesia depan kamera tv tue ya.. hahahaha..

Apa pun aku sedikit kecewa sebab kita tak dapat padam rekod kalah teruk ari tue, 5-1 dengan indonesia, namun pemain malaysia memang layak diberikan pujian. Seronok sangat bila menang betul, tapi ble kalah memang rasa geram sampai nak maki2 pemain. Sabarlah ya pemain2 malaysia, penyokong macam kami neh memang kadangkala terlebih2 over. hahahaha..


Artikel ini akan di update dengan gambar dan video kelak.


Updated








Kredit : sini

Ameno : Memang terbaek arh.. best!

Must read!! Najib tolak Allah swt!! Yahooo seronoknya!!!

Ini berita benar. Ini berita yang ramai orang melayu suka. Kalau orang islam tue saya tak pasti sangatlah. Tapi kalau orang melayu-moden-gila-dunia saya memang confident 100% mereka suka dan mereka puja. Heh

Sebagai pengampu tegar umno sampai mati, tak kesahlah walaupun pembangkang menghadiahkan kami berbukti-bukti kejahatan dan kezaliman kerajaan, kami tetap takan terima pembangkang sampai mati. Salah satu sebabnya ialah ini. Lihat di bawah ini. Lihat video ini dengan teliti. Ini adalah sebab utama. Ingat kami BODOH sangat ke nak meletakkan Alquran dan Allah swt di petak pertama apabila itu bermakna kami semua akan hilang kuasa, kekayaan, ke-enjoy-an, maksiat dan segala bagai? Owh course kami bijak, sebab tue pemimpin kami tolak Allah swt, tolak Islam dan tolak Alquran. Mudah bukan? Heh.



Jika anda menghadapi masalah untuk lihat video ini, boleh tonton di sini

Bagi memudahkan pembacaan korang, adalah di galakkan untuk masuk blog ini terlebih dahulu, supaya korang faham dari A-Z cerita ini.

Sila amek peduli apa yang MCA cakap mengenai PAS, ISLAM dan Undang2 ISLAM. Saya tak tipu. Ianya tercatat dalam akhbar. MCA menentang negara islam. Ini perkara benar. Umno juga takmo negara islam. Ini juga perkara yang benar. Chua soi lek marah sangat pasal islam dan PAS. Baca petikan ini betul2.

Dah tengok dan fahamkan? Bagus.

Terima kasih najib kerana menyelamatkan maruah sekularisme kat malaysia. Kalau takde najib dah taktahu dah puak2 sekular tue nak buat apa. Asyik kena hentam bertubi2 je. Sikit2 bagitau apa yang terkandung dalam Alquran. Sikit2 mencanang pasal Allah swt dan Islam. Uisshhh jangan, jangan umno biarkan. Jangan mimpi umno nak biarkan. Jangan harap najib nak relakan. Islam memang tak boleh mekar di malaysia. Selagi umno ada, selagi bn berkuasa, selagi mca sahabat umno sekali itu islam akan dipijak dan selagi itu sekularisme akan mengembang ke seantero malaysia.

Suka saya memetik kenyataan balas najib. Memang suka. Puak2 sekular lagi suka. Saya yakin. Lihat baik2 ya.

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina,” kata beliau.

Nampak tak apa yang saya nampak? Rasa tak apa yang saya rasa? Enh sabar dulu.. watak sekularisme saya neh berciri2 penyokong umno. Boleh jadi rasa saya tak sama seperti apa yang pembaca semua rasakan. Berdasarkan kepada sikap penyokong tegar umno-totok-pengampu-susah-mampos saya percaya mereka puak2 umno gembira dan senang hati melihat president mereka mengutuk pas kaw2. Itulah sepatutnya perasaan mereka. Sebab apa, kalau korang baca betul2, lihat betul2 dan teliti betul2, korang akan faham bahawa apa najib maksudkan ialah,

kalau PAS laksanakan undang2 islam dan tegas mempertahankan negara islam, ianya akan memberikan kesan kepada masyarakat cina. Yang dimaksudkan oleh Najib ialah kesan positif atau negatif saya pun kurang pasti tetapi ayat dia condong seperti kesan negatif. WOW! Ini betul2 WOW!

Seorang perdana menteri malaysia yang nak ajar Obama president america untuk memerangi islamers ektremis telah mengutuk dan menghina negara islam di negara sendiri. Ini terlebih WOW dari WOW lagi!

Sebab tue saya cakap saya tak hairan apabila rosmah jadi penaung IFF. Apabila Najib merosmahmansurkan duit kerajaan sebanyak 4.5juta utk buat program rosmah, untuk bina hub hiburan malam, dan pelbagai lagi budaya sekular yang menarik.

Bagi Najib dan seluruh penyokong umno, menyebut kalimah Allah swt adalah haram bagi rakyat bukan islam tetapi memijak Alquran, memijak amanah Nabi Muhammad saw, Menghina islam dan mengejek Allah swt adalah halal 100%. Percaya cakap saya, anda bebas hina Allah swt di malaysia. Heh.

Ameno : Antara Allah swt, Najib dan umno.. herm siapa pilihan saya? Atau saya berhak memilih? Heh.

8 Perkara penting! Piala Suzuki : Malaysia VS Indonesia.

Ini ialah perkara yang korang kena amek tahu sebelum melangkah ke stadium bukit jalil malam neh [aku tak pergi, jauh dowh], untuk tonton malaysia vs indonesia malam neh sempena perlawanan final pusingan pertama bagi merebut piala suzuki.

Bagi korang yang belum beli tiket, neh aku nak khabarkan sket, tiket cuma tinggal
1,900 lebih je. Harga seat rm30. Untuk seat rm50 sold out. Tapi itu pun di jangka akan habis dalam masa 2,3 jam neh. Kaunter akan dibuka semula pada jam 3 petang neh. So pada yang tinggal berdekatan, pandai2 lah korang rebut peluang neh. Sapa cepat dia dapat. Ikut dari time aku tulis benda neh, lagi setengah jam dah nak masuk kol 3. [aku nak publish, tgk jam ada lagi 7 minit sebelum kol 3] Lepas tue bagi korang yang nak pergi tonton bola sepak malam neh pastikan korang amek tahu beberapa perkara neh bagi mengelakkan confusion.

1. Pasukan malaysia di seru oleh FAM untuk memakai baju kuning bagi memberikan sokongan padu kepada pemain bola sepak. Ingat tue warna kuning. Bukan merah. Bukan biru. Bukan hijau. Dan bukan pula oren. Semua kalah. Kuning gak yang menang. Kuning = warna diraja. Heh. Ada faham? Warna kuning taw. Jangan melalut pakai baju kaler len plak.

2. Jangan boooooo pemain2 kita. Kalau boooo pemain lawan takpe kot aku rasa. FAM cuma cakap jangan boooo pemain malaysia, so korang jangan booo pemain2 malaysia okeyh.

3. Jangan buat sampah, baling barang dan melayan provokasi. Tak kesahlah korang penyokong indonesia atau malaysia, apa yang penting jadilah penonton yang berhemah. Alamak, pandai makan pandailah buang. Pandai minum, pandailah campak tin kat dalam tong sampah.

4. Berkenaan provokasi pula, neh aku nak cakap sket, kita [sebenarnya korang je, aku tak.. jauhhh.. huh kesian] pergi sana nak tengok bola. Nak sokong pasukan masing2. Bukan nak cari gaduh ataupun cetuskan kontroversi. Ya aku tahu nanti mmg akan ada yg komen 'pelik2' kat fb masing2, twitter masing2, blog masing2 dan segala bagai, tapi pls control your word. Pls okeyh. Kita bukan nak mencari pasal. Disebabkan inilah pihak polis ditempatkan di kawasan stadium malam neh. Kalau boleh aku nak korang bagi pihak polis rileks malam neh. Aku percaya, kita masing2 dah matang dan boleh berfikir dengan bijak. Jangan buat provoke dan jangan layan provoke.

5. Bagi yang bawa kenderaan patuhi apa yang telah ditetapkan. Untuk penyokong malaysia korang kena park kereta/kenderaan kat kawasan
A, B dan C.

6. Manakala untuk pasukan indonesia pula di kawasan
D dan E. Jangan salah park pula okeyh.

7. Pintu masuk yang di khas kan untuk penyokong malaysia ialah
kuning, merah dan hijau.

8. Manakala untuk penyokong indonesia pula
biru dan ungu.

Aku dapat tahu pihak indonesia melarang wartawan malaysia menemuramah pemain indonesia, mungkin ini salah satu strategi gak aku rasa. Tapi aku tgk media malaysia tak henti2 asak ketua jurulatih dah tue siap dedahkan lagi ada beberapa pemain malaysia yang tercedera. Tak tahu lah berita neh beri kesan positif atau pun negatif. Mungkin juga salah satu strategi, tak siapa tahu.

Apa pun aku harap malaysia boleh menang 2-0 malam neh kat tempat kita sendiri. Harap2 kemenangan berpihak kepada kita.

Saturday, December 25, 2010

Nik Aziz, sila mati cepat.

Saya doakan kematian Nik Aziz secepat yang mungkin. Ya. Itulah dia. Sabar dulu. Jangan suka nak tembak melulu macam PDRM tembak arwah aminulrashid dan claimed dia as perompak beb. Ini adalah petikan yang saya amek daripada petikan printscreen yang kat bawah neh. Bukan saya cakap. Tetapi saya cuma petik. Saya ialah tukang petik. Tengok sendiri kalau tak percaya.


Dah tengok? Dah hayati? Dia neh adalah penyokong yang berlawanan dari pihak yang berlawanan. Tak hairan dia marah sangat. Saya walaupun pengampu umno, saya pun terkejut. Tindakan dia sangat terang dan jelas. Niat dia sangat jujur. Entah kan, patut saya rasa terharu, pelik ataupun kasihan saya sendiri pun agak keliru.

Ingin juga nak tanya dia sendiri di sini tapi patut kah?

Ameno : Jangan sampai politik mengawal pertimbangan kita. Ambil yang serdahana sudah. Jangan melebih-lebih benci bhai. Aku pun tak suka najib tetapi aku tak nak doakan dia meninggal cepat bhai. Buat apa? Heh.

Friday, December 24, 2010

Review filem baru : Saman ekor atau ekori aku untuk ko saman.

saman-ekor01

Filem ini ialah filem baru. Poster pun belum siap lagi. Tetapi saya tertarik nak review filem ini bersama-sama pembaca blog ini. Semoga kita boleh menilai samada filem ini bagus ataupun tidak untuk ditonton. Baiklah mari kita mulakan dengan review kita.

Nama filem : Saman ekor atau ekori aku untuk ko saman.

Barisan pelakon utama : Beta Tegap sendirian berhad
                                           Commercial circle (M) Sdn Bhd.
                                           Kerajaan barisan nasional akupunyanegara.

Pengarah : Kerajaan barisan nasional akupunyanegarakojangansibuktanya

Pelakon tambahan : Sayfool bayarsamanpuntaklepasasyikkenaliwatjer
                                    Rahimi demiduitderhakabapakpunsanggup
                                    Ummi hafilda gilaglamour

[Peranan pelakon tambahan ini digunakan untuk melupakan suasana kelam kelibut bagi mengalihkan perhatian penonton kelak]

Sipnosis :


Saman ekor ataupun ekori aku untuk ko saman mengisahkan tentang bagaimana satu-satu kerajaan yang korup menggunakan kuasa untuk menciplak dan mengepow wang rakyat seboleh-boleh yang mereka mahu. Dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki, mereka melantik dua buah syarikat yang entah bila ditubuhkan taw2 je syarikat terbabit diberikan tender untuk memprogramkan sistem mereka di beberapa tempat tertentu bagi memperolehi saman ekor.

Seperti kerajaan korupsi yang lain, usul kelulusan untuk meminda undang2 agar saman ekor dilaksanakan mendapat tentang sengit. Tetapi entah macam mana menteri dalam kerajaan koropsi ini berkerja kita pun taktahu, taw2 aje usul ini dah diluluskan. Dan apa yang lebih menghairan apabila 2 buah syarikat tersebut berjaya mendapat tender untuk memasangkan program mereka sedangkan berdasarkan kepada tarikh surat kelulusan tersebut, usul itu sebenarnya baru sahaja dibahaskan dalam parlimen.

Apa itu saman ekor? Dalam filem ini, saman ekor ialah satu notis. Notis ini diproses melalui sistem AES. AES = Automated enforcement system / sistem penguatkuasaan automatik.

Cara dia ialah meletakkan kamera di satu tempat yang diyakini sering terlibat dalam kemalangan jalanraya. Selepas itu kamera tersebut akan tangkap gambar mana-mana kenderaan yang DISYAKI melakukan kesalahan. Gambar tersebut akan diproses di satu tempat tertentu sebelum di hantar kepada PDRM untuk diolah-semula untuk mencari wang daripada rakyat marhaen. 

Mana-mana individu yang mendapat notis ini terikat 2 cara. 

1. Pertama mengaku salah. Bayar denda/kompaun. Kemudian settle case.
2. Jangan mengaku salah. Lepak dalam mahkamah berbulan2 dan buang masa. 

Kesudahannya akibat penat, last2 kena mengaku salah.
Bagaimana kalau mereka betul2 tak salah? Jawapan dia ialah : PERGI MAMPOS SAMA LUE!

Senang kan? 

Dalam filem ini juga mengisahkan bagaimana kerajaan korupsi yang cetek akal akibat kurang makan kismis minda terdedah penipuan mereka demi penipuan ketika mengepow duit rakyat.

Ini boleh dilihat dalam babak ke 10, aksi ke 4 bila kerajaan korupsi mendedahkan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang bentuk peruntukan kewangan untuk menyediakan sistem AES bagi dua syarikat pengendali utama untuk program ini tetapi mereka mendedahkan bahawa

1. Beta Tegap Sdn Bhd dengan 18.7%
2. Commercial M Sdn Bhd dengan 18.6%
3. Kerajaan barisan nasional inibapakguepunyacountry dengan 65.7%

Akan mendapat keuntungan lumayan melalui pengagihan notis saman yang dibayar oleh rakyat marhaen yang salah mahupun tidak salah. Heh.

Niat yang digunakan oleh kerajaan barisan nasional akupunyacountrypunyabapak dalam babak ke 2, scene no 5 juga saya anggap lucu.

"Sahaja aku kumpul saman ekor melalui AES untuk mengepow duit rakyat. Di depan rakyat aku cakap aku mahu mendidik rakyat supaya memandu secara berhemah. Tetapi lue ada akal lue fikir sendiri. Takan penat2 aku buat sistem lepas tue syarikat yang buat sistem takan dapat pulangan beb? Mesti dorang nak kan pulangan semula. Dorang bukan buat syarikat kebajikan. So matlamat kami ialah mencari sebanyak saman yang mungkin. Supaya syarikat yang menyediakan perkhidmatan/program ini tidak akan rugi dan sebagai supporter mereka, kerajaan pun turut sama dapat keuntungan, kerana Barisan Nasional."

Panjang giler niat dorang. Nasib baik niat puasa kita tak panjang macam neh. Heh.


Review  saya :

Saya bagi 10 bintang untuk filem neh. Saya tengok filem neh menjadi saingan sengit filem liwat II. Jika untuk filem liwat II saya bagi 20 bintang, untuk filem neh saya bagi 10 bintang sebab rosmah mansur tak muncul dalam filem neh. Saya yakin jika rosmah mansur muncul mungkin kerajaan akan berhasil merosmahmansurkan lebih banyak pendapatan kerajaan. Saya agak kecewa kerajaan rosmah mansur tidak muncul even sebagai pelakon tambahan sekalipun. Apa pun usaha murni kerajaan dalam menipu dan terus menipu harus dipuji. Saya melihat kerajaan barisan nasional inicountrymakbapakgueyangpunya semakin lama semakin pandai memutarbelitkan dalam setiap statement2 mereka. Ini satu pencapaian yang amat2 di banggakan. Syabas.

Jangan lupa baca sini, review dari paper tempatan tentang filem ini.


Ameno : taktik demi taktik digunakan untuk baham wang rakyat. Ini memang bagus!

Thursday, December 23, 2010

Tiada lagi miskin tegar di bandar! 100% correct from Utusan.

Aku yakin penyokong PR sedang tercekik tulang. Memang tak hairan kalau itu perlakuan dorang. Tapi aku pelik tengok orang umno yang turut sama tercekik tulang gak. Ciss. Biadap. Betul-betul biadap. Inikan berita dari utusan malaysia. Eh silap sebut. Utusan melayu. Eh tersilap lagi. Utusan Umno. So mana mungkin penyokong umno akan tercekik tulang ketika membaca berita ini. Tengok bawah neh ;



Nampak apa yang aku nampak? Aku yakin korang nampak. Woittt.. oiittt apsal ludah-ludah neh? Hak eley.. main ludah-ludah pula korang neh. Tak pepasal je. Terpercik kat pc/laptop korang tue tahu tak? Woitt.. air ludah tue virus. Nanti berjangkit virus plak kat blog aku neh. Ciss

Merajuklah aku. Malas nak tulis panjang-panjang. Pandai-pandailah korang tafsir apa yang aku cuba sampaikan kat artikel neh. Kalau taktahu makan kismis minda banyak-banyak. Heh

Ameno : Ludah penuh kat mulut neh.

Jangan jeles, Pahang nak bankrupt!!!

Artikel neh takde kena mengena dengan negeri lain. Artikel ini hanya kena mengena dengan negeri Pahang. Bagi negeri Selangor, Pulau pinang, Kedah, Kelantan dan Kuala lumpur mungkin mereka akan sedikit cuak membaca perkhabaran ini. Boleh jadi mereka akan terus mengomel kejelesan. Lantaklah mereka bukan orang Pahang dan tak duduk kat Pahang. Sebab tue mereka tak akan faham sampai bila-bila kenapa Pahang lebih suka bankrupt dengan berboros merata-rata. Heh

Cuba lihat perkara yang saya petik dari sini. Baca baik-baik. Ketika baca sambil makan oren pun boleh juga. Tiada masalah. Tapi bagi negeri selangor, kl, pulau pinang, kedah dan kelantan dinasihatkan jangan berbuat demikian. Takut tercekik biji oren. Mereka kan suka jeles yang amat.


“Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.
“Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Dan banyak lagi item lain,” jelasnya.
 
Roslan juga dalam laporannya menggesa SPRM menyiasat bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Aspa dan PKNP.
“Kelemahan ini telah mendapat teguran keras Ketua Audit Negara. Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu amanah rakyat. Bagi kami, apa yang berlaku merupakan kelemahan pengurusan mega yang boleh menjerumuskan kerajaan negeri kepada suatu keadaan yang terdedah kepada penyelewengan dan kebankrapan,” tambahnya.

Dah baca? Bagus. Tahniah. Ini memang betul-betul holiaw! Eh silap. Beeer-end liow! Perkara di atas ialah perkara yang biasa bagi negeri Pahang. Memang betul ramai juga penyokong PR yang marah bila dapat tahu perkara di atas. Tapi rileks larh! Jangan lah jeles terus menerus. Apa yang BN buat neh cuma perkara biasa-biasa je. BN jual tanah-tanah johor kat singapore pun takde sapa yang heran. Sedekahkan dua telaga minyak kat brunei pun kita orang buat donno. Alar kecoh gila penyokong pakatan rakyat neh. Habis di heret ke SPRM. Cis. Harap-harap bebas macam kes Perwaja steel dan eric chua. 

Apa yang BN buat kat pahang bukanlah 'big deal' sangat kalau dilihat melalui perbelanjaan berhemah di atas. Selama ini pun Pahang selalu bersukaria mengondolkan tanah-tanah hutan dan meleburkan tanah-tanah di Pahang kepada kroni-kroni berkaitan. Rakyat tutup mata je. So takan yang ini rakyat nak melalak tak tentu pasal kan?

Itu cuma perkara kecik aje tue. Cuba fikir sket. Kalau mereka tak pow duit kerajaan negeri pahang, sapa lagi yang akan pow? Lagipun barang semua naik. Petrol pun naik. So mereka pun menaikkan lah harga-harga tersebut bagi nak cover kenaikan harga barang kat malaysia.

BN tak salah. Kerajaan negeri Pahang tak salah. Syarikat kroni yang pow tue pun tak salah. Yang salah rakyat. Ya. Memang betul apa yang saya cakap. Rakyat yang salah. Sepatutnya rakyat yang mengundi BN pada pru lepas kenalah redha dengan kegiatan BN. Nak kata tak promo uishhhh penipu lah sangat tue. PR dah banyak kali tolong promo kat rakyat pasal BN. FOC lagi tue. BN = Barang Naik!

Tak percaya lue tanya penyokong2 PR sendirilah. Even BN tak suruh pun dorang promote tapi dorang tetap promote untuk BN. Mungkin dalam diam PR menyintai BN kot. Sebab tue habis-habisan dok promote BN = Barang Naik. WOW!

Cuba korang tengok printscreen kat atas sekali tue. Korang perasan tak kerajaan tak onlinekan laporan audit mereka sejak 3,4 tahun yang lepas. Agak2 korang kenapa enh? Jawapan dia simple je. Supaya korang tak kena FUCK! Sebelum korang kena FUCK macam kat bawah neh, baik korang dediam dan tutup mata korang je. Kalau dok berani fikir yang bukan-bukan. Tanya yang bukan-bukan. Siaplah korang menteri besar pahang akan FUCK sama lue! Ada faham!!!



  
Klik sini untuk dapatkan FUCK LIVE youtube


Untuk perhatian BN dalam artikel neh bermaksud Barang Naik. Bukan Barisan Neraka ataupun Barisan Nasional. Korang neh tak baik taw fikir bukan2. Aku ketuk kepala kang baru tahu. Heh

Dan saya pasti ramai yang cemburu sebab rosmah berjaya membuang duit sebanyak 4.5 juta untuk perkara yang tah hapa2. Lepak lah beb. Najib orang pahang dan najib sayang bini. Heh.
Dan kalau korang bising lebih2 lagi isu neh, siaplah korang. Nanti adnan calling2 najib dan rosmah tahu lah nasib korang kat mana. Kenal Cee-four? Bukan nama kucing najib lah ngok! Nama bom. Faham? Bom. Heh.
 


Ameno : Kah kah kah Ini memang mee sedap neh. Sedap gila cilok duit rakyat. Kah kah kah.. woitt buat iklan jimat cermat lagi woittt.. kah kah kah!

Wednesday, December 22, 2010

Biarkan surau di rawang itu termusnah.

Jika ada pembaca yang malas tonton berita maka sila ke sini. Jika ada pembaca yang malas mengambil tahu perihal isu semasa juga sila ke sini terlebih dahulu. Bukan apa kalau tak faham isi cerita nanti meroyan 18 pula. Sebab tue lah saya nasihatkan sila baca link yang telah diberikan untuk memahami susur galur kejadian sebenarnya.

Ini berkenaan isu surau di rawang. Seperti yang kita sedia maklum, surau tersebut telah diberikan notis untuk dibinasakan. Ya. Surau tersebut bakal di nyahkan dari rawang untuk selama-lamanya. Ramai dari penduduk rawang yang beragama islam protes. Mereka kata tanah tersebut ialah tanah rizab. Mana aci main jual aje. Lagipun di atas tanah tersebut ada surau. Dan surau tersebut digunakan untuk beribadat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat. Sabar dulu. Jangan meroyan 18 sepertimana penduduk rawang meroyan. 

Mari kita review dulu kisah sebenarnya. 
1. Surau tersebut di dirikan atas tanah rizab. Namun ada juga yang cakap ada tanah wakaf. Yang mana betul saya tak pasti. Pembaca boleh semak sendiri.

2. Tak kesahlah rizab atau wakaf,  yang penting motif. Kalau dah digazetkan untuk membina surau 10 tahun yang lepas, kenapa selepas 10 tahun (anggaran 10 tahun itu hanya andaian penulis) tidak boleh dikekalkan begitu? Jika benar itu tanah rizab. Tapi jika tanah wakaf, enh boleh ke jual? Lue fikir sendiri.

3. Tujuan penjualan kena amek peduli juga. Sekarang surau tersebut di jual ketika BN menguasai selangor. Dalang penjualan surau tersebut ini salah seorang nya, tengok gambar di bawah ;




Okey dah tengok? Nama hero dalam citer neh ialah Datuk Zainal Abidin Sarkom. Datuk ini ialah pengerusi biro agama umno selangor. Pelik. Saya memang pelik. Kenapa ahad lepas dia beria-ria bantah perobohan surau ini jika dia salah seorang yang 'membiarkan' tanah tersebut berkalih pemilik? Herm. Drama semakin menarik. Lebih menarik dari drama korea. 

4. Tanah tersebut di jual pada tahun 2002. Baca betul-betul. 2002. Ini tahun 2010. Baca betul-betul 2010. 2010 - 2002 = 8 tahun yang lepas. PR memerintah selangor pada tahun 2008. Iaitu 2 tahun yang lepas. Ini bermaksud ada baki 6 tahun. So selama 6 tahun apa yang BN buat? Mereka dah buat macam2 sebenarnya. Mereka jual tanah, mereka rampas surau dan sepatutnya surau ini dirobohkan pada 2008, nasib tak baik apabila bn kalah. Kesian bn. Disebabkan mereka kalah lah, surau ini tak dapat dirobohkan pada tahun tersebut. Ciss..

5. Untuk rekod tanah tersebut dikatakan dimiliki oleh KDEB melalui SAP Holdings. KDEB telah mengazetkan tanah tersebut sebagai harta rizab / wakaf kepada penduduk di sekitar untuk membina surau. [Saya tidak pasti samada mereka mengazetkan tanah tersebut sebagai rizab orang melayu untuk beribadat ataupun mewakafkan tanah tersebut kepada penduduk untuk beribadat]

6. Namun pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka kepada beberapa penama di bawah ini ;

Chew Ting Teck
Francis Chew
Tan Pang Kuan

Untuk senarai penuh lihat sini.

7. KDEB = Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

8. KDEB = Anak syarikat kerajaan negeri selangor.

9. Setelah KDEB menjual saham di SAP Holdings mereka kepada penama-penama tersebut, maka tanah tersebut secara automatiknya jatuh kepada pemilik terbaru.

10. Kalau ikut akal cerdik saya, akal cerdik neh, sepatutnya saya pindah milik tanah tersebut kepada milik KDEB dulu barulah pergi jual saham kat dalam SAP Holdings tue. Heh. Ini akal cerdik saya lah kan. Kalau akal yang tak cerdik dan kurang makan kismis minda memang main jual je segala harta benda melayu neh. Heh.

11. So benda dah jual. Dah jual neh. Boleh ke kita rampas semula dan paksa orang lain jual kepada kita semula? Of courselah tak boleh beb. So kenapa nak mengamuk2 pula? Fikir matang sketlah. Sendiri buat pasal memang pandai. Sendiri kasi selesai memang tak pandai. Heh.

12. Sekarang kita dah tahu punca kes, kejadian sebenar dan penyebab kisah ini terjadi. Tapi apa yang kita boleh buat? Nak marah umno? Nak tumbuk zainal? Sabar dulu. Sabar dulu kawan-kawan. Kalau korang tumbuk mereka pun, mereka hanya sakit di tumbuk je. Yang lain takde kesan beb. Silap-silap korang kena saman lak sebab tumbuk hero dalam citer neh. Bangang ke tak bangang tue? Heh

13. Pemilik tanah tersebut berhak mendirikan pembangunan atas tanah tersebut sebab tanah tersebut adalah hak mereka. Penduduk rawang jika diselidiki secara undang-undang mereka penceroboh dan tak berhak untuk menghalang tindakan pemaju. Ini fakta. Kena amek peduli.
Even kerajaan selangor berdemo ke, umno mengamuk ke, perkasa meroyan ke, fakta tetap fakta dan fakta tidak boleh disangkal lagi.

14. Perkara yang terbaik boleh dilakukan kerajaan negeri selangor ialah mendirikan surau baru untuk penduduk sekitar. Tak tahu kat mana tetapi itulah alternatif terbaik yang mereka ada. 

15. Beli tanah semula? Ya itu alternatif yang baik juga. Tetapi berapa jumlah yang mampu di 'bailout' oleh kerajaan negeri, kita kena amek peduli gak? Silap2 pemaju letak rega 100 juta mampu ke kerajaan negeri keluarkan duit sebanyak itu? 100 juta boleh bantu beberapa rakyat di selangor?

16. Nak taknak, penduduk rawang kena terima fakta. Kena terima kenyataan. Kena telan hakikat.


17. Kalau nak tunding jari, tunding je jari kat dalam hero citer neh. Selalu kat dalam filem atau drama mereka [peminat] memang suka tunding jari [tunjuk] kat hero. So dalam drama neh korang boleh buat macam tue gak.

18. Namun kerajaan negeri sekarang kena settlekan problem tersebut sebab apa, surau tersebut dah dapat notis finale untuk kosongkan surau yang akan dirobohkan dalam beberapa hari sahaja lagi.

19. Untuk penduduk rawang pula mereka kena belajar untuk terima yang mereka kalah dalam tuntutan mereka. Kalau tak puas ahti, marah kepada pihak yang berkenaan. Mereka tahu kepada siapa mereka marah sebenarnya, apa yang dipaparkan dalam akhbar tidak sama apa yang mereka proteskan. Mereka lebih benci UMNO dari apa yang kita sangka. Ini dasat beb.

20. Adun di sana patut amek peduli kisah ini. Saya lihat adun tersebut tidak berbuat apa2 tindakan. Samada adun tersebut bangkit menyatakan apa2 perkara yang perlu atau dia akan berdepan dengan peralihan undi. Jangan ingat dia DAP dan jangan ingat dia cina maka masalah seperti ini dia boleh tutup mata.

Sekian. The end.

Ameno : Menulis kebenaran itu perjuangan. 

UPDATED : Saya mendapat tahu bahawa kerajaan negeri selangor, wakil adun rawang telah berjaya berunding dengan pihak pemaju Mahumas Sdn Bhd untuk mengekalkan tapak asal surau terbabit pada peringkat awal. Buat masa kini surau terbabit selamat daripada sebarang bentuk perobohan.

Tuesday, December 21, 2010

Kelantan negeri miskin gilaa...!!!

Bukan saya cakap. Jangan nak marah saya melulu. Tengok berita kat bawah neh. Baca betul-betul. Faham betul-betul. Sebab tue umno suka cakap kelantan miskin. Sebab kelantan negeri no dua yang menerima bantuan kebajikan masyarakat. Ada faham?



Dah tengok? Dah faham? Biar saya terangkan serba sedikit bagi mereka yang otak yang cekap. Maaf, bukan niat memperkecilkan minda anda. Cuma saya lebih banyak makan kismis minda sebab tue saya lebih cekap. Itu aje. 

1.Kelantan ialah penerima kedua terbanyak bantuan dari JKM. Ini membuktikan pegawai-pegawai yang berkerja di kelantan kurang mengamalkan karenah suka bantu kroni sendiri. Ya betul. Itu orang bagitau saya. Tetapi saya tak pasti entah betul entah tidak.

2. Negeri yang paling banyak menerima bantuan tidak menjadikan ia negeri termiskin. Ini yang orang bagitau saya juga. Dia kata negeri termiskin di malaysia ialah sabah, sarawak dan perak. Aik mana kelantan?


3. Faktor utama kemiskinan meningkat ialah disebabkan kenaikan harga petroleum yang menyebabkan barang-barang lain turut naik harga. Ini apa yang tercatit dalam petikan di atas. Saya yakin dia menipu. Saya ada banyak sebab kenapa saya cakap dia penipu.

4. Negeri terkaya di malaysia seperti sabah dan sarawak mempunyai rakyat termiskin yang paling ramai. Negeri yang mempunyai ramai penduduk miskin seperti sabah, sarawak dan perak begitu sukar mendapatkan bantuan dari JKM akibat karenah pegawai kerajaan. Dan negeri yang paling banyak menerima bantuan JKM tidak menjadikan ianya sebagai negeri termiskin.  Faham?

Najib ada bagitau tiada rakyat yang akan terjejas dengan kenaikan harga minyak. Selain dari itu kerajaan juga rela membelanjakan duit buat iklan suruh jimat cermat daripada salurkan wang tersebut untuk imbangi harga minyak dunia. Kan itu bukti najib cekap? Lagipun kalau saya tak cakap dia penipu takan saya nak cakap najib penipu? Sudah tentulah tidak. Najib ialah perdana menteri malaysia. Mengumpat najib kita mungkin masuk neraka. Dan saya sangat takut neraka.




 
 

Lagipun kalau pembaca-pembaca suka menonton berita seperti saya, pembaca akan tahu najib telah membuat kenyatan balas secara terbuka kepada singapura berhubung isu wikileaks bahawa "Malaysia ditadbir oleh pemimpin politik yang cekap" nampak? Ada faham? Najib cakap umno cekap. Najib cakap pemimpin bn cekap. Dan najib juga cakap najib ialah cekap.

Jangan salah faham. Kita kena faham. Di dunia ini memang sukar nak cari orang yang boleh puji diri kita. Oleh itu kalau masuk bakul angkat sendiri tak salah. Lagipun zaman serba canggih. Ini bukan zaman bakul2. Ini zaman lif2. Heh

Ameno : Pegawai kerajaan bukan semua nya jujur.

Monday, December 20, 2010

Rayuan iklan: tolong add twitter pemimpin malaysia!

Neh aku nak tegur sikit sikap segilintir rakyat malaysia yang memang tak reti nak respect pemimpin di malaysia. Sikap korang neh sebenarnya memang wajar ditegur sebab terlampau-lampau. Tengok printscreen kat bawah neh ;

Tengok gambar kat atas. Tengok betul-betul. Di sebabkan sikap lewa korang yang main internet 24 jam tengok naruto dan main farmville korang kena tegur dalam utusan. Dah alang-alang ada internet, ada twitter. Add lah menteri-menteri korang tue. Kesian mereka. Tah berapa lah kos nya mengiklan di utusan untuk promote diri sendiri tue. Tak baik youuu. I nyampah taw..!!




Ameno : Kah kah kah.. rayuan iklan soh add twitter.. kah kah kah lawak siiiottt!

Tahniah! Malaysia atasi kemiskinan tegar.


Berikut ialah kenyataan Timbalan perdana menteri malaysia iaitu Muyiddin yasin berkenaan isu kemiskinan tegar di malaysia. Sila lihat petikan tersebut dengan teliti.


1. Negara kita dah memenuhi sasaran membasmi kemiskinan tegar. Apa sasaran negara kita sebenarnya? Aku pun taktahu. Tapi apa yang pasti yang disasarkan oleh pemimpin negara kita sudah tercapai. Tahniah. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan pengangkutan awam.

2. Kerajaan berbangga kerana berjaya mengurangkan kemiskinan dikalangan rakyat. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan harga barang.

3. TPM cakap pencapaian kerajaan membanteras kemiskinan tegar mencapai tahap yang membanggakan. Ya sangat bangga. Tahniah. Ini tiada kena mengena dengan kenaikan harga petrol.

4. TPM juga berpesan rakyat jangan sibuk bergantung harap kepada bantuan kerajaan semata-mata. Ini tiada kena mengena dengan kroni dan sistem IPP, apatah lagi PFKZ dan kehilangan enjin jet.

5. TPM juga menasihati yang miskin tak boleh berbangga kerana mereka miskin. [eh ada enh miskin yg merasa seronok kerana mereka miskin?]. Golongan tersebut juga perlu menggunakan pendidikan sebagai jalan keluar dari kelompok kemiskinan. Dan pendidikan ini disediakan oleh kerajaan. Kerajaan petik duit dari langit bayar gaji guru guna pasir bukan hasil cukai wang rakyat. Ini juga tiada kena mengena dengan kenaikan yuran sekolah dan tambang bas sekolah.

6. TPM juga berkata golongan miskin tegar yang seronok sangat jadi miskin sebab ada bantuan dari kerajaan berhentilah berfikir demikian. Ini tidak baik. Ini tiada kena mengena dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dengan gaji yang masih di takuk lama.


Sebab itulah saya minta anda nilai perkara di bawah ini. Saya percaya dan saya yakin sekali. Mereka semua memilih dan berbangga untuk jadi miskin sebab ada kerajaan yang sure confirm akan bantu mereka untuk seumur hidup. Eh ye ke?


Adakah sabah sengaja menjadi negeri termiskin di malaysia kerana dengan sengaja mahu mendapatkan bantuan dari kerajaan? Jika begitu kita semua kena sengaja lah jadi miskin selain berbangga kita juga senang dapat bantuan. Baca betul2 SENANG dapat bantuan. heh

Ameno : Ingatkan orang kaya je rasa bangga jadi kaya, rupanya jadi miskin pun ada yg bangga. heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...